Sunday, August 26, 2012

Puding Karamel Part 1

Hari ni (26 Ogos) mak terpaksa menggagahkan diri buat Puding Karamel untuk memenuhi permintaan Akak yang dah lama menyebut benda alah ni. Memandangkan hari ni gegel-gegel nak balik asrama, tak boleh tangguh2 lagi , mesti buat, buanglah penyakit M yang tak habis-habis melanda diri. Akak pun dah nak berangkat ke Trg, nanti mak jugak yang terkilan-kilan,  terkenang-kenang. Masa'e'lahnya resepi yang dah print cantik-cantik hari tu dah campak kemana tah, terpaksalah cari balik kat blog Cahaya Cinta ke apa nama dia. Printer pulak sapa dah cabut ni.  malasnya nak pasang so inilah hasilnya:

Resepi conteng-conteng aje
He he jangan cuba baca, hancus< tak paham. Ni 'dokter' punya stail. Mak suka resepi ni sebab pakai 5 biji telur aje, tak lah kembang tekak nak makan.Lepas tu tak payah pakai mixer, tu yang mak suka, sebab mixer dah berabuk tak rajin nak basuh pulak. 
Mula-mula pecahkan 5 biji telur, dua daripadanya ambil kuning sahaja. Apa sebab ambik kuning aje, tak pulak mak usul periksa, kacau perlahan bersama 5 sudu gula halus menggunakan whisker, kat rumah mak mana ada whisker, tapi jangan buat alasan tak nak buat pulak, mak pakai mixer punya tempat kacau  tu, asalkan ada, teruk betul kat rumah tak ada whisker, nampak sangat tak rajin buat kuih.
Lepas tu (tadi dah tu, ni tu lagi... apa da) dalam satu bekas lain masakkkan satu tin susu cair sehingga suam-suam aje, jangan sampai mendidih pulak, lantak kau tak jadi nanti. Then campur dengan adunan telur tadi (tapi telur kena tapis dulu, mak tak tunjuk gambar telur ditapis, pesan aja lah tak payah semua nak tunjuk gambar he he)
Kacau sebati ye. 
Ops lupa pulak, sebelum sediakan bancuhan telur dan susu ni, mak dah buat karamelnya terlebih dulu
Untuk karamelnya pulak, masak 5 sudu gula pasir kasar dengan air suam.Ni rupanya bila dah hangus,nampak tu kuning keemasan, cantik aje tak hangus pun walau pun namanya gula hangus. Mak pakai loyang comel aje supaya pudingnya nampak tebal, loyang tu pulak dialas alumunium foil, apa sebab pun mak tak usul periksa pulak, ikut ajelah resepi cahaya cinta tu.Periuk kukusan tu dah dipanaskan terlebih dulu, jangan terus letak aje bancuhan tu.Kukuslah selama 30 minit, hasilnya.....
Tapi kalau tukang masak bertauliah bagi markah memang failed lah sebab teksturnya kasar mengalahkan muka orang yang banyak jerawat batu. Puding tu nampak comei sangat sebab mak letak dalam pinggan yang besar gedabak.
Walau pun tekstur macam si jerawat batu, pandang dari atas cam sedap pulak, apa lagi dah siap potong, tunggu masa nak ngap aje. tapi tunggu.... simpan dalam peti ais dulu.Nih kalau mak susun atasnya dengan buah pic slices tu, tahun depan bolehlah jual kat bazar ramadan,  gerenti beratur orang nak beli, mulalah nak berangan tu.

Putih telur 2 biji yang tak pakai tadi jangan buang pulak, gaul dengan tepung ubi buat masker sapu kat muka kau, barulah licin dan tegang. Itu cadangan aje lah, mak tak buat pun, tak ada maknanya nak pakai telur kat muka, tak sanggup, biarlah tak lawa mana pun.

Tip Emas: Rasulullah SAW mendidik kita agar melihat orang yang kurang dari kita dalam urusan dunia, manakala dalam urusan agama, hendaklah kita melihat orang yang lebih atas dari kita. Dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan dunia dan akhirat.