Sunday, September 16, 2012

Puding Karamel Part 2

Cuti tiga hari sempena Hari Malaysia  ni dipenuhi dengan aktiviti menternak kolesterol sampai tak hengat dunia. Tiga kali buat, satu makan sendiri, 1 lagi bawak Seremban. pas tu balik dari Seremban buat lagi satu, maknanya 15 biji telur dah dikorbankan untuk menternak kolesterol yang dah beranak pinak dalam badan hu hu. Puding karamel ni memang menjadi kegilaaan gegel-gegel yang sibuk nak kurus tu. Kali ni mencuba resepi berbeza yang terjumpa dalam blog yang dah tak kuingat siapa, yalah tengok blog masak sana sini. mana yang berkenan conteng-conteng sikit kat kertas.
5 biji telur ( mak guna nutri plus, dah lama tak beli telur biasa dah) dibuang mata, kacau tapi jangan sampai berbuih. Campurkan 1 tin susu pekat manis (mak ambil 3/4 tin aje, tak suka manis). Gaul sebati then campurkan 1 cawan air dan 1 tin susu cair. Kacau sebati dan tuang dalam loyang yang telah sedia diisi gula hangus. Kukus 1/2 jam.
Cara masak gula hangus pulak - 1 cawan gula pasir digoreng tanpa air sehingga keras macam kristal. Dah jadi cam batu jangan panik pulak, tambah 1 cawan air, masak hingga menggelegak, tunggu hingga kuning keemasan, baru masuk dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya rasa lebih sedap. Maknanya kalau nak makan karamel hari Ahad, hari Sabtu dah kena buat gula hangus. Kalau sabarlah, kalau tak sabar ikut macam mak, time tu buat gula hangus, time tu jugak masak pudingnya he he.

* Gambar puding ni ambik dari fesbuk Nunun, sedap je dia cakap dia yang buat. tapi dari response orang yang like, ramai was-was kalau dia pandai buat, Akak pun tak percaya.... pandai akak teka.