Akhirnya setelah sekian lama teruja-uja, terliur-liur, terleleh-leleh, projek deroyan krip berjaya direalisasikan. Kenapa dipanggil versi malas... kena baca sampai habis...keh keh
Resepi asal (tak hengat blog sapa) adalah seperti berikut:
250 g tepung gandum (mak sukat pakai senduk aje)
500 ml santan (mak guna susu cair)
3 biji telur (mak guna nutri plus sebiji jek)
Secubit garam
Pewarna kuning
*Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus. Tapis. Rehatkan adunan seketika sebelum mula melempeng.(mak tak blend tak tapis pun ha ha). Adunan pertama lupa letak esen durian, adunan kedua baru letak esen durian, wangi dan bau durian.
Untuk filling:
Isi durian segar
Non Dairy Whipping Cream
Pukul whipping cream hingga kental. Mak tak pukul sampai kental pun ha ha gelak lagi. Gulung adunan inti dalam lempeng. Masuk dalam peti ais, dah sejuk sedia dimakan.
Kesimpulannya mak hairan kenapa deroyan krip ni jadi satu fenomena... tengok gambar memang mengancam tekak tapi.....muaklah, lebih-lebih lagi semenjak dua menjak ni mak memang kureng selera sangat tengok deroyan. Satu bintang sahaja untuk deroyan krip.... heh heh.
Tip Emas:
“Tidak ada orang yang selamat dari sifat hasad, namun orang yang mulia akan menyembunyikannya, sedangkan orang yang hina akan menampakkan sifat tersebut". - Ibnu Taimiyyah