Saturday, April 18, 2020

PANDEMIK COVID-19: MACAM MANA NAK RAJIN MASAK

Aku tak tau la aku ni kaum mana, kaum rajin masak ke kaum malas masak Tapi kalau aku kaum malas masak, mau kebulur anak-anak aku yang susun paku tu. Nak kata rajin tak juga. Tapi kalau dah ada anak ramai tu, gigih jugaklah nak masak. Tempoh PKP ni aku kena ke dapur 4X sehari, empat kali tau. Malas....sapa je tak malas tapi aku mengatasi malas tu dengan beberapa kaedah.


Benda asas ni mesti ada dalam peti ais, jangan putus. Hat botol sebelah kanan tu bawang merah & bawang putih dah siap blender. Botol sebelah kiri tu cili kering dah siap mesin, nak tahan lama campur sikit garam & minyak.


Ni perencah sayur, bihun/mee (bawang merah + bawang putih + ikan bilis, sebelahnya perencah sup (bawang merah + bawang putih + halia)


Ni perencah untuk masak lemak cili api, siap dah letak asam keping lagi


Tempoh PKP ni En Has pergi kedai 3 hari sekali. Setiap kali beli ayam 2 ekor, sampai rumah je basuh siap-siap dan asingkan kepada 4 bekas ni. Pandai-pandailah bajet untuk 3 hari. Musim-musim covid-19 ni tak boleh bermewah-mewah, ramai orang susah, terputus bekalan makanan pun ada. Kena insaf tu.


Setiap bahagian ayam tu dah plan siap-siap nak masak apa, kalau nak goreng dah siap-siap lumur kunyit, garam, bawang dan serai.. Biasanya ayam goreng serai. Kalau nak buat sup, potong kecik-kecik sikit.


Ayam goreng serai ni kejadiannya lebih cantik dari goreng biasa


Sayur pun dah siap basuh dan asing dalam tupperware, masa nak masak terus potong-potong dan leburkan je. Kalau rajin dah siap potong macam kacang panjang + kacang buncis kat gambar sebelah kanan tu. Kacang tu campur sebab En Has suka kacang buncis, aku tak suka, nak bagi adil campur je, jangan ikut selera kita je.


Daun sup & saderi favourite aku mesti ada,  basuh siap-siap jugak.


Ikan/daging yang dah basuh asing dalam plastik siap-siap, sukatannya satu plastik untuk sekali masak, simpan kat tempat beku. Dua tiga jam sebelum masak baru bawak keluar.


Telur masin pun rebus siap-siap, masuk peti ais. Kalau rasa nak makan baru bawak keluar. Tu potong dengan pisau tumpul, tak cantiklah kejadiannya.


Tiga serangkai ni (nuget, berger, kentang) kalau ada dalam peti ais akan menambahkan kesenangan hidup aku...hiii



Ni pun menambah kesenangan hidup aku. Semenjak PKP ni dah dua kali order, sekali order 6 balang. Murah kat Shoppe, tq shoppe.


Ini 'back up' tapi sesekali sahaja dibenarkan. Kalau makanan ada, kau makan megi, siap kau bebudak
.

Ini pun stok back up supaya pemandangan dalam peti ais tak kosong...


Bertahun-tahun tak buat donut, tetiba rajin balik buat donut. Siap buat frozen lagi. Aku pelbagaikan bentuk jejarilah, celup coklat, cam churos lah kunun, buat macam roti bubuh inti sambal, buat bulat-bulat kecik cam kat kedai roti tu dan macam-macam lagi lah.


Sagu makan bersama air gula & susu  ni memang favourite kami.


Cheesekut ni memang dah berkali-kali dah buat. Makin tinggilah darjat kolesterol aku.


Hmm... masak dah lauk patin tempoyak dengan pucuk ubi aku ni ha.

* Bila dah siapkan benda-benda ni, masa masak hanya 25 - 35 minit sahaja, tu yang terlajak rajin nak masak. Kalau berjam-jam kat dapur, mana tak tensionnya.

PKP Fasa 1 : 18 Mac - 1 Apr
PKP Fasa 2 : 1 - 15 Apr
PKP Fasa 3:  15 - 28 Apr

* Harap PKP jangan sambung lagi sebab lengan aku dah makin sado ni, sadis sungguh.