Tuesday, December 6, 2011

Gantung periuk dan kuali

Keras tangan jap
Menjahit juga adalah nyawaku
Langsir raya 2011
90% pakaian jahit sendiri, syukur Ya Allah... tak mampu menempah sebenarnya
manik tabur senang tak payah fikir design tapi nak menyiapkan azab
Simple bunga sekuntum kelilingnya daun, Pasar Payang mari
Ni la hasil tangan orang tak masuk sekolah jahit, bolehlah untuk lepas diri sendiri
Demam polka dot, nak jugak
Antara koleksi yang I like like like, beli on line (Icarus Collections) masa cotton baru nak keluar, belum hot di pasaran lagi
Bunga lalang, senang ikut corak lalang tu aje, Pasar Payang mari juga
Koleksi lama tapi masih sayang, first time beli sutera crepe  (Ann Batik Com)
koleksi lama jugak dan lama juga tak pakai hu hu
manik tabur lagi
kain beli on line harga clearance, berbaloi-baloi harga murah tapi fabrik amat memenuhi cita rasa (Erika Collectionz)
masa baru belajar tahu buat manik iring aje, tak sanggup nak pakai lagi, hodoh bebeno tapi simpan jugak, sayang kain beli kat on line yang khusus menjual kain dari Gulatis (Aliza Collection)
time malas bunga sekuntum aje pun jadi
time rajin mekar-mekar bunganya, sayang juga baju ni, koleksi Gulatis lagi dari Kain Ela.Com
 minat hitam semenjak dua menjak ni, sutera crepe beli on line, murah RM 180 aja (Ann Batik Com)
Baru... belum pakai

* Tak adalah yang hebat-hebat sangat, syukur dapat juga merasa, kalau nak upah sampai hujung nyawa pun belum tentu dapat. Kesian
Longgokan kain yang menunggu untuk digunting, 7 pasang baju kawan tak termasuk baju sekolah anak-anak dalam plastik tu, 5-6 pasang kot, uwaaa.... Tapi tak ada untuk diri sendiri, azam yang disemat sejak 2011 untuk mengubah sikap lampau yang terlalu mengikut hasutan syaitan, suka membazir membeli pakaian dan tudung. Muga dipermudahkan segala urusan, Amin Ya Rabb

Tip Emas:  Masa adalah milik Allah. , jika kita melapangkan masa untukNya, maka Allah lapangkan masa  kita.  Jika kita tidak melapangkan masa untukNya, Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

Monday, December 5, 2011

Tak tahan dugaan

Baru aja berazam nak stop aktiviti membaking, terpandang pulak pisang yang dah terlebih masak terperuk kat celah antara dinding dan peti ais tu. Sapa nak makan, I dan En Has aje, yang lain semua 'sombong'  kat pisang tu. Tak boleh membazirkan... dalam kepala pun dah terbayang kek pisang home made, mesti sedap. Apa lagi, pukul butter dengan gula, tambah telur 2 biji, tepung, penaik dan pisang yang telah dilecek tadi. Bakar 30 minit (kukus pun boleh). Ni lah hasilnya....
(Sila klik gambar untuk mengesahkan kesedapannya)

Mana sama kek pisang home made dengan kek pisang yang jual kat rak roti tu kan. Tak percaya tanya budak ni

Thursday, December 1, 2011

Agak-agaklah....

Aktiviti baking membaking ni telah meremangkan bulu tengkuk ku....so kena slow motion sikit, jangan semangat sangat. Takut... gemoks! sapa nak jawab. Mr has pun dah sound, selalu makan kek/cookies nanti gemoks.

Tip Emas : Kehidupan ini (senang atau susah) adalah nikmat Allah swt