Baru aja berazam nak stop aktiviti membaking, terpandang pulak pisang yang dah terlebih masak terperuk kat celah antara dinding dan peti ais tu. Sapa nak makan, I dan En Has aje, yang lain semua 'sombong' kat pisang tu. Tak boleh membazirkan... dalam kepala pun dah terbayang kek pisang home made, mesti sedap. Apa lagi, pukul butter dengan gula, tambah telur 2 biji, tepung, penaik dan pisang yang telah dilecek tadi. Bakar 30 minit (kukus pun boleh). Ni lah hasilnya....
(Sila klik gambar untuk mengesahkan kesedapannya)
Mana sama kek pisang home made dengan kek pisang yang jual kat rak roti tu kan. Tak percaya tanya budak ni
No comments:
Post a Comment