Sunday, December 30, 2012

yummy yummy Saturday

                                                 Satu kerja yang paling rajin mak buat adalah ni :
Paling senang kerja, masak tepung kastard dengan susu cair, bubuh gula agak-agak manis buah aje. Dah beku campurkan jeli puding jenama Nona dan fruit koktail/hirisan peach. Kesedapannya tak payah diragui lagi, sebaik aje diisytiharkan cukup sejuk untuk dimakan, isinya dah tinggal satu suku,


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” 
(Surah Ibrahim Ayat 7).

Tuesday, December 25, 2012

Sepetang bersama Red Velvet

Genap setahun barulah red velvet kali kedua dapat dinikmati anak-anakku yang tinggal 3 orang ni (tolak Aid sebab dia tak makan kek). Menunjukkan betapa 'rajinnya' mak membuat kek. Semua ramuan dibeli yang baru kerana yang lama diragui untuk dipakai walau pun expired date yang tertera di bekas 2014.
Kali ni ada dua orang assistant. Nunun dan Amal. Ringan sikit kerja mak.


Kaler tak berapa nak merah sebab mak kurangkan pewarna demi kesihatan keh keh, tapi kolesterol membiak-biak tak hengat pulak. Tapi ada kecacatan sikit dari segi rasa (rupa memang cacat sangatlah heh heh) sebab terbubuh soda bikarbonat pada tepung, sepatutnya soda hanya untuk dicampur dengan cuka. 

Amal : pukul butter & gula, + telur satu persatu, diikuti pes koko,akhir sekali tepung berselang seli dengan butter milk
Nunun : sediakan buttermilk (susu segar + cream of tar tar)
Me : Ayak tepung + baking powder, buat pes koko + pewarna merah, sediakan campuran cuka bersama soda bikarbonate, membaking, membuat cream cheese frosting, basuh peralatan, mengemas ....ceh! den juga yang kena keje lebih
Aid : jilat cream cheese kat bekas, senang jugak mak nak basuh sebab dah sedia bersih

Tip emas : Sesungguhnya kebaikan itu memancarkan cahaya pada wajah dan hati, keluasan rezeki,kekuatan badan dan kecintaan kepada makhluk sebaliknya keburukan mengakibatkan kehitaman pada wajah dan hati, kelemahan badan, kesempitan rezeki serta rasa kebencian kepada makhluk Allah swt - Abdullah bin Abbas ra

Sunday, September 16, 2012

Puding Karamel Part 2

Cuti tiga hari sempena Hari Malaysia  ni dipenuhi dengan aktiviti menternak kolesterol sampai tak hengat dunia. Tiga kali buat, satu makan sendiri, 1 lagi bawak Seremban. pas tu balik dari Seremban buat lagi satu, maknanya 15 biji telur dah dikorbankan untuk menternak kolesterol yang dah beranak pinak dalam badan hu hu. Puding karamel ni memang menjadi kegilaaan gegel-gegel yang sibuk nak kurus tu. Kali ni mencuba resepi berbeza yang terjumpa dalam blog yang dah tak kuingat siapa, yalah tengok blog masak sana sini. mana yang berkenan conteng-conteng sikit kat kertas.
5 biji telur ( mak guna nutri plus, dah lama tak beli telur biasa dah) dibuang mata, kacau tapi jangan sampai berbuih. Campurkan 1 tin susu pekat manis (mak ambil 3/4 tin aje, tak suka manis). Gaul sebati then campurkan 1 cawan air dan 1 tin susu cair. Kacau sebati dan tuang dalam loyang yang telah sedia diisi gula hangus. Kukus 1/2 jam.
Cara masak gula hangus pulak - 1 cawan gula pasir digoreng tanpa air sehingga keras macam kristal. Dah jadi cam batu jangan panik pulak, tambah 1 cawan air, masak hingga menggelegak, tunggu hingga kuning keemasan, baru masuk dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya rasa lebih sedap. Maknanya kalau nak makan karamel hari Ahad, hari Sabtu dah kena buat gula hangus. Kalau sabarlah, kalau tak sabar ikut macam mak, time tu buat gula hangus, time tu jugak masak pudingnya he he.

* Gambar puding ni ambik dari fesbuk Nunun, sedap je dia cakap dia yang buat. tapi dari response orang yang like, ramai was-was kalau dia pandai buat, Akak pun tak percaya.... pandai akak teka.

Sunday, August 26, 2012

Puding Karamel Part 1

Hari ni (26 Ogos) mak terpaksa menggagahkan diri buat Puding Karamel untuk memenuhi permintaan Akak yang dah lama menyebut benda alah ni. Memandangkan hari ni gegel-gegel nak balik asrama, tak boleh tangguh2 lagi , mesti buat, buanglah penyakit M yang tak habis-habis melanda diri. Akak pun dah nak berangkat ke Trg, nanti mak jugak yang terkilan-kilan,  terkenang-kenang. Masa'e'lahnya resepi yang dah print cantik-cantik hari tu dah campak kemana tah, terpaksalah cari balik kat blog Cahaya Cinta ke apa nama dia. Printer pulak sapa dah cabut ni.  malasnya nak pasang so inilah hasilnya:

Resepi conteng-conteng aje
He he jangan cuba baca, hancus< tak paham. Ni 'dokter' punya stail. Mak suka resepi ni sebab pakai 5 biji telur aje, tak lah kembang tekak nak makan.Lepas tu tak payah pakai mixer, tu yang mak suka, sebab mixer dah berabuk tak rajin nak basuh pulak. 
Mula-mula pecahkan 5 biji telur, dua daripadanya ambil kuning sahaja. Apa sebab ambik kuning aje, tak pulak mak usul periksa, kacau perlahan bersama 5 sudu gula halus menggunakan whisker, kat rumah mak mana ada whisker, tapi jangan buat alasan tak nak buat pulak, mak pakai mixer punya tempat kacau  tu, asalkan ada, teruk betul kat rumah tak ada whisker, nampak sangat tak rajin buat kuih.
Lepas tu (tadi dah tu, ni tu lagi... apa da) dalam satu bekas lain masakkkan satu tin susu cair sehingga suam-suam aje, jangan sampai mendidih pulak, lantak kau tak jadi nanti. Then campur dengan adunan telur tadi (tapi telur kena tapis dulu, mak tak tunjuk gambar telur ditapis, pesan aja lah tak payah semua nak tunjuk gambar he he)
Kacau sebati ye. 
Ops lupa pulak, sebelum sediakan bancuhan telur dan susu ni, mak dah buat karamelnya terlebih dulu
Untuk karamelnya pulak, masak 5 sudu gula pasir kasar dengan air suam.Ni rupanya bila dah hangus,nampak tu kuning keemasan, cantik aje tak hangus pun walau pun namanya gula hangus. Mak pakai loyang comel aje supaya pudingnya nampak tebal, loyang tu pulak dialas alumunium foil, apa sebab pun mak tak usul periksa pulak, ikut ajelah resepi cahaya cinta tu.Periuk kukusan tu dah dipanaskan terlebih dulu, jangan terus letak aje bancuhan tu.Kukuslah selama 30 minit, hasilnya.....
Tapi kalau tukang masak bertauliah bagi markah memang failed lah sebab teksturnya kasar mengalahkan muka orang yang banyak jerawat batu. Puding tu nampak comei sangat sebab mak letak dalam pinggan yang besar gedabak.
Walau pun tekstur macam si jerawat batu, pandang dari atas cam sedap pulak, apa lagi dah siap potong, tunggu masa nak ngap aje. tapi tunggu.... simpan dalam peti ais dulu.Nih kalau mak susun atasnya dengan buah pic slices tu, tahun depan bolehlah jual kat bazar ramadan,  gerenti beratur orang nak beli, mulalah nak berangan tu.

Putih telur 2 biji yang tak pakai tadi jangan buang pulak, gaul dengan tepung ubi buat masker sapu kat muka kau, barulah licin dan tegang. Itu cadangan aje lah, mak tak buat pun, tak ada maknanya nak pakai telur kat muka, tak sanggup, biarlah tak lawa mana pun.

Tip Emas: Rasulullah SAW mendidik kita agar melihat orang yang kurang dari kita dalam urusan dunia, manakala dalam urusan agama, hendaklah kita melihat orang yang lebih atas dari kita. Dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Thursday, March 15, 2012

periuk dah betul-betul hangit

Cuti bulan Dec 2011 mak sibuk membeli barang buat kek/cookies, semangat nak membaking meruap-ruap, sanggup perabis duit gaji bulan Nov sampai tak ingat nak beli barang lain. Cuti mid sem seminggu ni pulak sibuk mengemas 'gejet' kek tu masuk dalam plastik, sebab semangat nak membaking dah merudum tahap zero. Haish tak sanggup nak buang bahan-bahan tu, tapi disimpan lama buat menyakitkan biji mata. Tapi mak sayang juga blog masak yang diwujudkan masa semangat masak tengah membara dulu. Bajet sungguh, orang yang terror masak macam-macam pun tak buat blog masak, ni baru masak sikit-sikit dah nak buat blog.
" tong sampah jua akhirnya...."

Tip emas: 
Allah swt berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27)

Aku mohon keampunanmu Ya Rabb

Friday, March 9, 2012

Sejarah sambal belacan

Kalau orang cerita semur hidup tak pernah makan sambal belacan, apa reaksi anda? .... bajetlah sangat tak pernah makan sambal belacan, tak mengaku Melayulah tu, lupa daratan dan lautanlah tu.... bla bla. Seriously, sebelum kawin mak tak pernah ada hati dan perasaan nak makan sambal belacan, Bukan my mum tak pernah buat, adalah sesekali tapi bukan sahaja tak pandang dua belah mata, sebelah mata pun mak tak pandang. Segalanya berubah 360 darjah selepas kawin dengan Mr Has. Mak mertua buat sambal belacan nenas, Mr Has kata ni peberet dia, haish apa barang sambal belacan buh nenas, tak penah aku jumpa dalam hidup aku. Rasalah sikit.... not bad. Then mak mertua buat sambal belacan tomato, not bad jugak rasanya........Masa terus berlalu, setelah lebih 20 tahun berkahwin, mak telah pun tergolong dalam puak sambal belacan mania, dah pandai dah tumbuk cili. Dulu agak menyampah jugak cili tu selalu masuk dalam mata, tapi sekarang semuanya semudah ABC, bila Mr Has kata nak sambal belacan, dalam tempoh 10 minit semua dah ready to ngap.

Tip emas: Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah.