Kalau orang cerita semur hidup tak pernah makan sambal belacan, apa reaksi anda? .... bajetlah sangat tak pernah makan sambal belacan, tak mengaku Melayulah tu, lupa daratan dan lautanlah tu.... bla bla. Seriously, sebelum kawin mak tak pernah ada hati dan perasaan nak makan sambal belacan, Bukan my mum tak pernah buat, adalah sesekali tapi bukan sahaja tak pandang dua belah mata, sebelah mata pun mak tak pandang. Segalanya berubah 360 darjah selepas kawin dengan Mr Has. Mak mertua buat sambal belacan nenas, Mr Has kata ni peberet dia, haish apa barang sambal belacan buh nenas, tak penah aku jumpa dalam hidup aku. Rasalah sikit.... not bad. Then mak mertua buat sambal belacan tomato, not bad jugak rasanya........Masa terus berlalu, setelah lebih 20 tahun berkahwin, mak telah pun tergolong dalam puak sambal belacan mania, dah pandai dah tumbuk cili. Dulu agak menyampah jugak cili tu selalu masuk dalam mata, tapi sekarang semuanya semudah ABC, bila Mr Has kata nak sambal belacan, dalam tempoh 10 minit semua dah ready to ngap.
Tip emas: Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah.
No comments:
Post a Comment