Saturday, April 18, 2020

PANDEMIK COVID-19: MACAM MANA NAK RAJIN MASAK

Aku tak tau la aku ni kaum mana, kaum rajin masak ke kaum malas masak Tapi kalau aku kaum malas masak, mau kebulur anak-anak aku yang susun paku tu. Nak kata rajin tak juga. Tapi kalau dah ada anak ramai tu, gigih jugaklah nak masak. Tempoh PKP ni aku kena ke dapur 4X sehari, empat kali tau. Malas....sapa je tak malas tapi aku mengatasi malas tu dengan beberapa kaedah.


Benda asas ni mesti ada dalam peti ais, jangan putus. Hat botol sebelah kanan tu bawang merah & bawang putih dah siap blender. Botol sebelah kiri tu cili kering dah siap mesin, nak tahan lama campur sikit garam & minyak.


Ni perencah sayur, bihun/mee (bawang merah + bawang putih + ikan bilis, sebelahnya perencah sup (bawang merah + bawang putih + halia)


Ni perencah untuk masak lemak cili api, siap dah letak asam keping lagi


Tempoh PKP ni En Has pergi kedai 3 hari sekali. Setiap kali beli ayam 2 ekor, sampai rumah je basuh siap-siap dan asingkan kepada 4 bekas ni. Pandai-pandailah bajet untuk 3 hari. Musim-musim covid-19 ni tak boleh bermewah-mewah, ramai orang susah, terputus bekalan makanan pun ada. Kena insaf tu.


Setiap bahagian ayam tu dah plan siap-siap nak masak apa, kalau nak goreng dah siap-siap lumur kunyit, garam, bawang dan serai.. Biasanya ayam goreng serai. Kalau nak buat sup, potong kecik-kecik sikit.


Ayam goreng serai ni kejadiannya lebih cantik dari goreng biasa


Sayur pun dah siap basuh dan asing dalam tupperware, masa nak masak terus potong-potong dan leburkan je. Kalau rajin dah siap potong macam kacang panjang + kacang buncis kat gambar sebelah kanan tu. Kacang tu campur sebab En Has suka kacang buncis, aku tak suka, nak bagi adil campur je, jangan ikut selera kita je.


Daun sup & saderi favourite aku mesti ada,  basuh siap-siap jugak.


Ikan/daging yang dah basuh asing dalam plastik siap-siap, sukatannya satu plastik untuk sekali masak, simpan kat tempat beku. Dua tiga jam sebelum masak baru bawak keluar.


Telur masin pun rebus siap-siap, masuk peti ais. Kalau rasa nak makan baru bawak keluar. Tu potong dengan pisau tumpul, tak cantiklah kejadiannya.


Tiga serangkai ni (nuget, berger, kentang) kalau ada dalam peti ais akan menambahkan kesenangan hidup aku...hiii



Ni pun menambah kesenangan hidup aku. Semenjak PKP ni dah dua kali order, sekali order 6 balang. Murah kat Shoppe, tq shoppe.


Ini 'back up' tapi sesekali sahaja dibenarkan. Kalau makanan ada, kau makan megi, siap kau bebudak
.

Ini pun stok back up supaya pemandangan dalam peti ais tak kosong...


Bertahun-tahun tak buat donut, tetiba rajin balik buat donut. Siap buat frozen lagi. Aku pelbagaikan bentuk jejarilah, celup coklat, cam churos lah kunun, buat macam roti bubuh inti sambal, buat bulat-bulat kecik cam kat kedai roti tu dan macam-macam lagi lah.


Sagu makan bersama air gula & susu  ni memang favourite kami.


Cheesekut ni memang dah berkali-kali dah buat. Makin tinggilah darjat kolesterol aku.


Hmm... masak dah lauk patin tempoyak dengan pucuk ubi aku ni ha.

* Bila dah siapkan benda-benda ni, masa masak hanya 25 - 35 minit sahaja, tu yang terlajak rajin nak masak. Kalau berjam-jam kat dapur, mana tak tensionnya.

PKP Fasa 1 : 18 Mac - 1 Apr
PKP Fasa 2 : 1 - 15 Apr
PKP Fasa 3:  15 - 28 Apr

* Harap PKP jangan sambung lagi sebab lengan aku dah makin sado ni, sadis sungguh.


Monday, May 12, 2014

Bila mem malas masak

Bila aktiviti masak dah semakin slow melow...
Bila malas masak....
Senang kan...
dah kenyang boleh tersandar bahagia

Thursday, December 19, 2013

Sup Sawi

Sejak tanam sawi ni, sup sayur jadi feveret kami
Sedap betul sotong ball ni
Dah 'botak' pokok sawi asyik kena petik
Lepas ni petik kangkung pulak, ulam raja pun dah naik subur. Alhamdulillah.

Sunday, December 8, 2013

JOM BUAT PIZA

                                           
 Jom Buat Pizza
Kerajinan aku dah terlampau-lampau apabila aku telah membuat piza dengan jayanya. Kerajinan aku berterusan dengan membuat piza pulak... puncanya sebab anak-anak (kecuali Aid) suka sangat makan piza, tak mampu mak nak bawak makan pizajahat selalu-selalu nak. 
Bahan-bahannya...
500 g tepung - aku tak sukat pun, terus humban aje agak-agak separuh dari tepung 1 kg tu, 1 peket yis, 1sk gula dan garam, 1 sdb margerin, 1 cawan air suam dan 1/2 cawan minyak.
Gaul sampai jadi camni. Makanya bermulalah adegan uli menguli, part ni yang paling aku tak berapa nak suka. Oleh kerana tepung main humban aje, doh jadi keras sikit tapi masa menguli tambahkan butter sikit dan teruskan uli, doh akan jadi lembut.
Ni doh asal
Tutup dengan kain putih basah dan biarkan 20-30 minit
Selepas 20/30 minit...doh dah tembam
Tepeklah atas loyang dan cucuk-cucuk sikit doh yang dah ditepek tu. Biarkan 15 minit. Oleh kerana doh banyak, tak cukup loyang aku tepek atas tudung periuk pun jadi. Tak payah beli loyang piza pun he he.
Ni bahan untuk buat sos piza pulak. Kalau malas buat sos, tepek aje sos tomato/cili. Aku sebab rajin buat sendiri - cili, bawang putih, bawang merah dan sos tomato, lada hitam  tumis dengan minyak. Resepi asal guna buah tomato yang diblend tapi sebab malas carilah kaedah lebih mudah.
Sos piza yang sedang dimasak. Aku crop gambar tak mau nampak kuali aku yang murah dan buruk pulak tu. Kesian aku kan.
Kemudian ratakan atas doh dengan sos piza. 
Kemudian letaklah topping dengan apa aset yang ada dalam peti ais. Aku letak ayam kisar, sosej dan cendawan butang aje sebab tu aje aset yang aku ada. Kalau nak tunggu lengkap-lengkap cam dalam resepi tu sampai meninggal pun aku takkan berjaya buat pizza he he.
Bila dah bakar setengah masak aku keluarkan sekejap untuk tambah cheese supaya meningkat ke'cizi'annya... buat sendiri kan suka hati kitalah nak letak cheese mayak-manyak pun. Terlupa pulak crop gambar, makanya nampaklah sikit oven aku yang buruk tapi sangat besar jasanya. Di sinilah tempat aku sering memanggang ayam yang jadi feveret anak-anak aku hu hu.
Piza yang dah masak, dah siap isi dalam piring kecik tu untuk habuan situkang masak sebab orang lain semua tido lagi. Sekarang bolehlah aku me'riak' sebab dah pandai buat piza, walau pun tak setaraf pizajahat.
Di saat aku merajinkan diri untuk masak memasak, En Has pulak sibuk dengan aktiviti menanam sayur mayurnya, dah dapat hasil pun. Tahniah En Has dan aku. Puji diri sendiri dan laki sendiri nampak!

RANDOM
Musim 'rajin' ni untunglah bebudak... makan makan makan itu sahaja agenda
First time aku buat spageti.. kesian aku kan ketinggalan zaman betul. Punca terdorong nak buat spageti ni sebab nak menghabiskan daging kisar yang akak beli masa dia nak buat makaroni dulu. Lama banget, berbulan-bulan dah. Amal dan Liah nampak selera sungguh makan sapgeti ni... En Has pun kata ok sedap tapi next time buat pakai mee pulak.. kalau dah selera Melayu tu Melayu jugaklah En Has ni, pandai jugak aku ni kan he he.
Ni pulak kuih tradisional Melayu lepat pisang yang sangat best. Aku buat dengan Amal.  En Has tebang semua pokok pisang kat belakang rumah dan buang daunnya begitu saja... sayang pulak tu yang timbul idea nak buat lepat pisang.
Sedap lepat pisang tu pada hal pisangnya buruk teramat, betul penjual pisang tu cakap pisang ni sedap walau pun rupanya buruk
Banyak juga kuih yang dapat, sampai tiga kali kukus tapi kukus kali ke tiga rupa cam ni aje sebab daun dah habis tak cukup nak balut, tak nak membazir kan. Macam-macam rupa lepat yang aku dan Amal buat, ada besar, ada tecit sangat, main balut-balut aje tak ada kreativiti langsung.


Hari minggu macam kebiasaanya aku masak ayam. Kali ni aku rajin sangat buat dua jenis ayam panggang iaitu Ayam Panggang Rosemary dan Tandoori. Dulu selalu sangat masak ayam tandoori tapi sejak  rempahnya tak jumpa lagi jual kat kedai sampailah baru-baru ni pergi Tesco jumpa rempah tandoori tapi tak ingat pulak jenama apa. Ayam Rosemary ni basicnya sama dengan ayam panggang aku selalu buat cuma tambah daun rosemary kering yang dah kisar halus. Tapi aku suka tambah mayonis sebab nak rasa lemak-lemak dan nampak moist sikit.

Thursday, December 5, 2013

Mari belajar masak

Dua hari selepas sahaja Aliah selesai SPM, kelas memasaknya pun bermula, bukannya pergi mana-mana kelas masak pun, sebab cikgu masaknya adalah aku... hew..
Lesson 1 : Tiramisu
Tapi sebab dah kecoh buat malam-malam lupa pulak nak ambik gambar step by step. Memang sedap gila tiramisu ni, rasa cam eskrim, mungkin jugak sebab aku pakai kek span beli kat Bakers Cottage, tapi belanja boleh tahan mahal, kalau buat meniaga boleh bankrap you.
Anggaran belanja : cheese krim RM7.90, whipping krim RM5.90, kek span tecit RM 4.60, gula kastor RM 2.20, serbuk koko RM 7.40, nescafe aku tak beli jadi aku ganti koko aje, esen vanilla ada tapi lupa nak letak he he. Oleh kerana kek span tecit sangat, dapat 3 bekas kecik aje, kalau nak balik modal harga satu bekas RM 10, itu tak masuk harga kudrat dan titik peluh nak buat lagi. Kalau nak jimat sikit beli kek span jenama biasa je.
(Edited : dah buat kali ke dua guna kek beli kat Tesco dan tabur nescafe , tak berapa sedap, beza sesangat).
Lesson 2 : Sambal tumis kan bilis
Oleh kerana stok sambal tumis dah habis, hari ni Liah kena buat sambal tumis pulak. Satu tupperware ni boleh tahan dua hari kut, tak payahlah buat sambal selalu, penat nak lap dapur. Sambul tumis ni sama aje macam orang lain buat cuma sebab dah selalu buat tu yang aku perasan macam sambal aku lah paling sedap mueh hehheh. Ni Aliah yang buat, aku jadi pengarah aje tapi yang tak bestnya aku jugak jadi tukang kemas.

Lesson 3: Selesai masak mula projek membaking pulak, kek ni namanya kek coklat 5 minit sebab nak buatnya lebih kurang lima minit aje. Sesuailah untuk starter cam Aliah.
Step 1 : pukul 2 biji telur dan 4 sudu besar gula kastor dengan garpu sahaja.
Barang-barang lain mesti dah sedia ye...
Step 2 : Masukkan 6 susu besar sirap coklat Hershey's
Step 3 : Masukkan 6 sudu besar serbuk koko Van Houten. Sepatutnya masuk sesudu demi sesudu tapi aku ter'gopoh' terhumban 6 sudu sekali gus he he
Step 4 : Masukkan 6 sudu besar susu segar, sesudu demi sesudu. Abaikan gambar nampak cam nak curah secawan... untuk eksyen aje.
Step 5 : Masukkan 6 sudu besar minyak jagung
Step 6: Akhirnya masukkan 8 sudu besar tepung naik sendiri, masuk sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ni rupa bila dah siap.
Step 7 : Masuk dalam paper cup dan bakar  5- 6 minit.
Step 8 : Makan... tapi  letak topping dulu lah kalau nak nampak menarik. Tapi len kali tak usahlah pakai paper cup sebab 'memboyau' lebih baik guna bekas muffin barulah cantik atau kena beli loyang muffin pulak lepas ni.
* Memboyau' tu contohnya cam perut akulah he he