Jom Buat Pizza
Kerajinan aku dah terlampau-lampau apabila aku telah membuat piza dengan jayanya. Kerajinan aku berterusan dengan membuat piza pulak... puncanya sebab anak-anak (kecuali Aid) suka sangat makan piza, tak mampu mak nak bawak makan piza
Bahan-bahannya...
500 g tepung - aku tak sukat pun, terus humban aje agak-agak separuh dari tepung 1 kg tu, 1 peket yis, 1sk gula dan garam, 1 sdb margerin, 1 cawan air suam dan 1/2 cawan minyak.
Gaul sampai jadi camni. Makanya bermulalah adegan uli menguli, part ni yang paling aku tak berapa nak suka. Oleh kerana tepung main humban aje, doh jadi keras sikit tapi masa menguli tambahkan butter sikit dan teruskan uli, doh akan jadi lembut.
Ni doh asal
Tutup dengan kain putih basah dan biarkan 20-30 minit
Selepas 20/30 minit...doh dah tembam
Tepeklah atas loyang dan cucuk-cucuk sikit doh yang dah ditepek tu. Biarkan 15 minit. Oleh kerana doh banyak, tak cukup loyang aku tepek atas tudung periuk pun jadi. Tak payah beli loyang piza pun he he.
Ni bahan untuk buat sos piza pulak. Kalau malas buat sos, tepek aje sos tomato/cili. Aku sebab rajin buat sendiri - cili, bawang putih, bawang merah dan sos tomato, lada hitam tumis dengan minyak. Resepi asal guna buah tomato yang diblend tapi sebab malas carilah kaedah lebih mudah.
Sos piza yang sedang dimasak. Aku crop gambar tak mau nampak kuali aku yang murah dan buruk pulak tu. Kesian aku kan.
Kemudian ratakan atas doh dengan sos piza. Kemudian letaklah topping dengan apa aset yang ada dalam peti ais. Aku letak ayam kisar, sosej dan cendawan butang aje sebab tu aje aset yang aku ada. Kalau nak tunggu lengkap-lengkap cam dalam resepi tu sampai meninggal pun aku takkan berjaya buat pizza he he.
Bila dah bakar setengah masak aku keluarkan sekejap untuk tambah cheese supaya meningkat ke'cizi'annya... buat sendiri kan suka hati kitalah nak letak cheese mayak-manyak pun. Terlupa pulak crop gambar, makanya nampaklah sikit oven aku yang buruk tapi sangat besar jasanya. Di sinilah tempat aku sering memanggang ayam yang jadi feveret anak-anak aku hu hu.
Piza yang dah masak, dah siap isi dalam piring kecik tu untuk habuan situkang masak sebab orang lain semua tido lagi. Sekarang bolehlah aku me'riak' sebab dah pandai buat piza, walau pun tak setaraf piza
Di saat aku merajinkan diri untuk masak memasak, En Has pulak sibuk dengan aktiviti menanam sayur mayurnya, dah dapat hasil pun. Tahniah En Has dan aku. Puji diri sendiri dan laki sendiri nampak!
RANDOM
Musim 'rajin' ni untunglah bebudak... makan makan makan itu sahaja agenda
First time aku buat spageti.. kesian aku kan ketinggalan zaman betul. Punca terdorong nak buat spageti ni sebab nak menghabiskan daging kisar yang akak beli masa dia nak buat makaroni dulu. Lama banget, berbulan-bulan dah. Amal dan Liah nampak selera sungguh makan sapgeti ni... En Has pun kata ok sedap tapi next time buat pakai mee pulak.. kalau dah selera Melayu tu Melayu jugaklah En Has ni, pandai jugak aku ni kan he he.
Ni pulak kuih tradisional Melayu lepat pisang yang sangat best. Aku buat dengan Amal. En Has tebang semua pokok pisang kat belakang rumah dan buang daunnya begitu saja... sayang pulak tu yang timbul idea nak buat lepat pisang.
Sedap lepat pisang tu pada hal pisangnya buruk teramat, betul penjual pisang tu cakap pisang ni sedap walau pun rupanya buruk
Banyak juga kuih yang dapat, sampai tiga kali kukus tapi kukus kali ke tiga rupa cam ni aje sebab daun dah habis tak cukup nak balut, tak nak membazir kan. Macam-macam rupa lepat yang aku dan Amal buat, ada besar, ada tecit sangat, main balut-balut aje tak ada kreativiti langsung.
Hari minggu macam kebiasaanya aku masak ayam. Kali ni aku rajin sangat buat dua jenis ayam panggang iaitu Ayam Panggang Rosemary dan Tandoori. Dulu selalu sangat masak ayam tandoori tapi sejak rempahnya tak jumpa lagi jual kat kedai sampailah baru-baru ni pergi Tesco jumpa rempah tandoori tapi tak ingat pulak jenama apa. Ayam Rosemary ni basicnya sama dengan ayam panggang aku selalu buat cuma tambah daun rosemary kering yang dah kisar halus. Tapi aku suka tambah mayonis sebab nak rasa lemak-lemak dan nampak moist sikit.
No comments:
Post a Comment