Lesson 1 : Tiramisu
Tapi sebab dah kecoh buat malam-malam lupa pulak nak ambik gambar step by step. Memang sedap gila tiramisu ni, rasa cam eskrim, mungkin jugak sebab aku pakai kek span beli kat Bakers Cottage, tapi belanja boleh tahan mahal, kalau buat meniaga boleh bankrap you.
Anggaran belanja : cheese krim RM7.90, whipping krim RM5.90, kek span tecit RM 4.60, gula kastor RM 2.20, serbuk koko RM 7.40, nescafe aku tak beli jadi aku ganti koko aje, esen vanilla ada tapi lupa nak letak he he. Oleh kerana kek span tecit sangat, dapat 3 bekas kecik aje, kalau nak balik modal harga satu bekas RM 10, itu tak masuk harga kudrat dan titik peluh nak buat lagi. Kalau nak jimat sikit beli kek span jenama biasa je.
(Edited : dah buat kali ke dua guna kek beli kat Tesco dan tabur nescafe , tak berapa sedap, beza sesangat).
Lesson 2 : Sambal tumis kan bilis
Oleh kerana stok sambal tumis dah habis, hari ni Liah kena buat sambal tumis pulak. Satu tupperware ni boleh tahan dua hari kut, tak payahlah buat sambal selalu, penat nak lap dapur. Sambul tumis ni sama aje macam orang lain buat cuma sebab dah selalu buat tu yang aku perasan macam sambal aku lah paling sedap mueh hehheh. Ni Aliah yang buat, aku jadi pengarah aje tapi yang tak bestnya aku jugak jadi tukang kemas.
Lesson 3: Selesai masak mula projek membaking pulak, kek ni namanya kek coklat 5 minit sebab nak buatnya lebih kurang lima minit aje. Sesuailah untuk starter cam Aliah.
Step 1 : pukul 2 biji telur dan 4 sudu besar gula kastor dengan garpu sahaja.
Barang-barang lain mesti dah sedia ye...
Step 2 : Masukkan 6 susu besar sirap coklat Hershey's
Step 3 : Masukkan 6 sudu besar serbuk koko Van Houten. Sepatutnya masuk sesudu demi sesudu tapi aku ter'gopoh' terhumban 6 sudu sekali gus he he
Step 4 : Masukkan 6 sudu besar susu segar, sesudu demi sesudu. Abaikan gambar nampak cam nak curah secawan... untuk eksyen aje.
Step 5 : Masukkan 6 sudu besar minyak jagung
Step 6: Akhirnya masukkan 8 sudu besar tepung naik sendiri, masuk sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ni rupa bila dah siap.
Step 7 : Masuk dalam paper cup dan bakar 5- 6 minit.
Step 8 : Makan... tapi letak topping dulu lah kalau nak nampak menarik. Tapi len kali tak usahlah pakai paper cup sebab 'memboyau' lebih baik guna bekas muffin barulah cantik atau kena beli loyang muffin pulak lepas ni.
* Memboyau' tu contohnya cam perut akulah he he
No comments:
Post a Comment