Thursday, December 5, 2013

Mari belajar masak

Dua hari selepas sahaja Aliah selesai SPM, kelas memasaknya pun bermula, bukannya pergi mana-mana kelas masak pun, sebab cikgu masaknya adalah aku... hew..
Lesson 1 : Tiramisu
Tapi sebab dah kecoh buat malam-malam lupa pulak nak ambik gambar step by step. Memang sedap gila tiramisu ni, rasa cam eskrim, mungkin jugak sebab aku pakai kek span beli kat Bakers Cottage, tapi belanja boleh tahan mahal, kalau buat meniaga boleh bankrap you.
Anggaran belanja : cheese krim RM7.90, whipping krim RM5.90, kek span tecit RM 4.60, gula kastor RM 2.20, serbuk koko RM 7.40, nescafe aku tak beli jadi aku ganti koko aje, esen vanilla ada tapi lupa nak letak he he. Oleh kerana kek span tecit sangat, dapat 3 bekas kecik aje, kalau nak balik modal harga satu bekas RM 10, itu tak masuk harga kudrat dan titik peluh nak buat lagi. Kalau nak jimat sikit beli kek span jenama biasa je.
(Edited : dah buat kali ke dua guna kek beli kat Tesco dan tabur nescafe , tak berapa sedap, beza sesangat).
Lesson 2 : Sambal tumis kan bilis
Oleh kerana stok sambal tumis dah habis, hari ni Liah kena buat sambal tumis pulak. Satu tupperware ni boleh tahan dua hari kut, tak payahlah buat sambal selalu, penat nak lap dapur. Sambul tumis ni sama aje macam orang lain buat cuma sebab dah selalu buat tu yang aku perasan macam sambal aku lah paling sedap mueh hehheh. Ni Aliah yang buat, aku jadi pengarah aje tapi yang tak bestnya aku jugak jadi tukang kemas.

Lesson 3: Selesai masak mula projek membaking pulak, kek ni namanya kek coklat 5 minit sebab nak buatnya lebih kurang lima minit aje. Sesuailah untuk starter cam Aliah.
Step 1 : pukul 2 biji telur dan 4 sudu besar gula kastor dengan garpu sahaja.
Barang-barang lain mesti dah sedia ye...
Step 2 : Masukkan 6 susu besar sirap coklat Hershey's
Step 3 : Masukkan 6 sudu besar serbuk koko Van Houten. Sepatutnya masuk sesudu demi sesudu tapi aku ter'gopoh' terhumban 6 sudu sekali gus he he
Step 4 : Masukkan 6 sudu besar susu segar, sesudu demi sesudu. Abaikan gambar nampak cam nak curah secawan... untuk eksyen aje.
Step 5 : Masukkan 6 sudu besar minyak jagung
Step 6: Akhirnya masukkan 8 sudu besar tepung naik sendiri, masuk sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ni rupa bila dah siap.
Step 7 : Masuk dalam paper cup dan bakar  5- 6 minit.
Step 8 : Makan... tapi  letak topping dulu lah kalau nak nampak menarik. Tapi len kali tak usahlah pakai paper cup sebab 'memboyau' lebih baik guna bekas muffin barulah cantik atau kena beli loyang muffin pulak lepas ni.
* Memboyau' tu contohnya cam perut akulah he he

Wednesday, November 27, 2013

Awangku....

Pak we baruku adalah Awang... dah tiga pagi aku date dengan dia
he he tu dia Awangku. Apa sebab nama dia Awang aku pun tak nak tau.. punyalah banyak nama jejaka lain kan.
Bestnya roti ni boleh buat roti telur jugak sebab paten dia empat segi berlipat-lipat, bolehlah buka lipatannya tu dan masukkan telur. Harga RM 6.20 untuk 10 keping, berbaloi betul. Aku memang jarang sangat nak beli-beli ni.... baru semalam aku baca blog sapa entah dia tulis kalau kita makan air tangan orang yang tak solat, nanti hati gelap. So kalau nak beli makanan tu perati-peratilah lah sikit ye...memanglah kita tak dapat elak 100%, roti canai frozen ni hasil air tangan sapa-sapa jugak.... poyo lebih je aku ni.
Ni rupa bila dah goreng dengan telur, bawang dan cili hiris. Koyak rabak sikit masa nak buka lipatan tu, he he. Aku bubuh 1/2 sudu butter aje, tak payah bebanyak, tak lekat pun sebab kuali aku ajaib.. tah apa yang ajaib tah.
Kemudian ambik sejemput sambal tumis frozen, panaskan sekejap dan breakfast pagi ni pun ready. Sambal frozen ni buat sendiri, bila nak makan ambik sekadar perlu dan panaskan, senang dah buat banyak siap-siap.
Dah tiga hari aku bekfest dengan menda ni, tapi share dengan En Has la. En Has cadangkan lepas ni letak sardin pulak, buat tebal-tebal nampak cam murtabak... memandai aje ye En Has.

Sunday, November 24, 2013

Puding bertingkek-tingkek (Ni Je Yang Aku Pandai)

Dah berzaman betul aku tak update blog masak aku ni, bukan sibuk sangat ke apa, cuma memang aku bukan rajin masak pun,tu yang tak ada benda nak update. dah tau tak rajin masak, rajin pulak buat blog masak, pulak tu boleh buat blog baru lagi, tak logik betul. Kenapa aku tak labelkan sahaja bog aku untuk mengasingkan penulisan tentang agama, keluarga, masak dan kisah cikgu..... sebab aku suka dengan title bog yang berbagai-bagai, maybe kalau sesapa yang nak buat blog tapi tak tau/ tak ada idea tajuk apa, bolehlah ambik khidmat aku. Satu lagi aku suka ada lagu background, kalau ada empat blog, empat lagulah aku boleh upload. Tapi yang pasti aku tak akan ada blog ke lima, macam dah tak ada kerja sangat la pulak. Kalau diikutkan aku nak delete aje blog ni, tapi sayang pulak gambar-gambar yang aku dah upload terutama gambar dak tembam, biar ajelah, bukan nyusahkan hidup orang lain pun.

Kenapa tetiba aje ada gambar ayam panggang ... itulah sahaja yang aku pandai buat. Ni kira resepi aku sendiri, idea dari pelbagai blog masak yang aku rajin bw.Kat rumah memang dah siap-siap simpan campuran jintan dan ketumbar yang dah diblend, bila beli ayam kat Ayamas aje, nilah yang aku akan masak. Perapkan dengan rempah tadi dengan garam, kunyit,  kicap, gula, air perahan halia, mayonis. Biasanya aku perap malam, esoknya baru bakar.


Hah... tengok gambar pun dah nak gelak, selain dari dadih nilah desert yang aku pandai nak buat. Tah dah berapa kali aku upload gambar serupa ni. Cuma kali ini aku upgrade sikit, jadilah puding bertingkek-tingkek. Mula-mula letak lapisan pertama dengan kek perisa kopi, lapiskan puding, kemudian lapiskan balik dengan kek perisa stoberi, tutup balik dengan puding, then taburkan fruit cocktail, last sekali curahkan jelly, tapi masa aku nak buat ni jelly tak ada pulak, ganti dengan serbuk agar-agar.
Ok jugak pakai agar-agar ni, boleh potong sebab keras sikit, jeli tu walau pun lebih yummy tapi tak boleh potong. Tengok rupa bila dah potong cam hasil tangan chef tersohor pulak... uwek.
Tapi cita-cita aku nak pandai buat macam-macam desert, sebab tu masa cuti ni aku curi sebahagian masa aku dengan bw blog masak yang best-best.
Maka sesuailah tajuk entry ni ' ni je yang aku pandai'....

Saturday, June 22, 2013

Menu feveret Aid

Semenjak tinggal tiga beranak ni, kerja aku jadi lebih mudah sebab Aid senang nak jaga makan minumnya. Dia kata tak suka ikan tapi hari-hari lauk ayam pun tak apa, takkanlah aku nak jejaskan kesihatan dia kan...nak senang kerja dadar telur lebar2 nipis2, goreng nasi dan balutlah dalam telur tu, goreng ikan bilis sikit sebab ikan bilis ni feveret dia, letaklah cili sos sikit.... pasti licin, aku nak rasa sikit pun tak boleh. Aid ni benda lain tak kedekut tapi bab makan ... heh heh.


Kalau dah malas sangat pi Tampin lah makan kat sini... kata tak suka tapi tengoklah gaya orang tak suka tu....
Semuga Allah mengurniakan kesihatan yang terbaik buat Aid dan anak-anakku yang lain, begitu juga aku dan En Has. Amin.
(apa berkerut-kerut tengok bil ni... bayarlah aje la he he)

Saturday, May 4, 2013

RR

Lunch hari ni nasi beriani Bukit Baru, keringlah sikit tangan mak tak payah masak heh heh
Tempat biasa je... tak lah exkusip mana pun, yang penting makan sampai licin kan Aid....

Malam pulak menikmati resepi RR
mak mertua bagi lauk ayam masak cili api.... panaskan tapi terlupa sampai kuahnya diserap angin lalu....jadilah lauk ayam RR
den pulak masak lauk tambahan sambal sotong, niatnya sambal sotong biasa tapi jadi sambal sotong RR jugak... alahai...
Mujurlah nak balik dari Melaka tadi beli kay ef si.... konfem lauk ni En Has sorang yang makan. Mesti En Has marah aku rosakkan lauk pemberian maknya.
Kesimpulannya family aku harus berpuas hati dengan resepi RR hari ni.
*RR : resepi rentung

Sekadar renungan: 

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"
- Saiydina Ali Abu Talib RA.

Sunday, April 7, 2013

Tutorial membuat yummy jelly puding

Bahan-bahannya:

Konon tutorial nak buat puding tapi lebih nak menunjuk periuk baru yang beli secara ansuran (kutu) dan belum langsai lagi. 
Masak tepung kastard bersama susu cair, gula dan air suam.... sukatannya 1 tin susu cair, 2 senduk tepung kastard dan 1 tumbler panjang air suam, gula pula ikut selera sendiri. Aku suka bubuh gula sikit supaya tawar dan boleh makan banyak-banyak.Kacau dengan api perlahan.
Puding dikira masak bila adunan yang dikacau mula memercik dan mencederakan jari. Nampak tu bekas dah siap susun berdekatan periuk sebab kena isi cepat sebelum puding keras nampak tak cantik nanti.
Bila puding dah siap diisi dalam bekas, masak pula jeli bersama air suam dan lebihan air peach tadi. Menunjuk lagi satu periuk baru, tiga set kan...
Jeli dah pun mendididh, buah peach sudah pun tersusun. Padamkan api sebelum meruap dan tumpah.
Tuangkan jeli ke atas puding.... dah siap. Masukkan dalam peti sejuk. Tak payahlah tunjuk gambar peti ais kau yang berserabut cam tongkang pecah tu  he he he. Nih kalau aku jual kat pasar malam gerenti beraturlah orang nak beli keh keh keh. Mulalah nak riak tu.

Pesanan penaja : Kalau berkongsi biarlah dari hati kerana ia akan sampai juga ke hati.

Sunday, January 27, 2013

deroyan krip versi m.a.l.a.s




Akhirnya setelah sekian lama teruja-uja, terliur-liur, terleleh-leleh, projek deroyan krip berjaya direalisasikan. Kenapa dipanggil versi malas... kena baca sampai habis...keh keh
Resepi asal (tak hengat blog sapa) adalah seperti berikut:
250 g tepung gandum (mak sukat pakai senduk aje)
500 ml santan (mak guna susu cair)
3 biji telur (mak guna nutri plus sebiji jek)
Secubit garam 
Pewarna kuning
*Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus.  Tapis. Rehatkan adunan seketika sebelum mula melempeng.(mak tak blend tak tapis pun ha ha). Adunan pertama lupa letak esen durian, adunan kedua baru letak esen durian, wangi dan bau durian.
Untuk filling:
Isi durian segar 
Non Dairy Whipping Cream
Pukul whipping cream hingga kental. Mak tak pukul sampai kental pun ha ha gelak lagi. Gulung adunan inti dalam lempeng. Masuk dalam peti ais, dah sejuk sedia dimakan.

Kesimpulannya mak hairan kenapa deroyan krip ni jadi satu fenomena... tengok gambar memang mengancam tekak tapi.....muaklah, lebih-lebih lagi semenjak dua menjak ni mak memang kureng selera sangat tengok deroyan. Satu bintang sahaja untuk deroyan krip.... heh heh. 

Tip Emas:

 “Tidak ada orang yang selamat dari sifat hasad, namun orang yang mulia akan menyembunyikannya, sedangkan orang yang hina akan menampakkan sifat tersebut". - Ibnu Taimiyyah