Sunday, November 20, 2011

NOSTALGIA CEKODOK (PART 1)

Satu makanan yang sangat sinonim dengan kehidupan orang Melayu suatu ketika dulu adalah cekodok. sarapan pagi cekodok, minum petang cekodok, tetamu datang pun cekodok. Tapi zaman sekarang jangan kau berani-berani nak hidangkan tetamu dengan cekodok, silap-silap hb dikatakan apa kelas orang datang nak hidang cekodok. Anak-anak... nak sarapan pagi dengan cekodok.... kirim salam.
Tetapi dengan sedikit kreativiti, cekodok boleh jadi menarik dimakan oleh anak-anak dan tidak malu untuk dihidang kepada tetamu, contohnya cekodok ni:
Campur sedikit ikan bilis tumbuk dan bawang hiris ke dalam tepung dan gaul tepung bersama air panas. Bulat-bulatkan dan goreng. Teksturnya nampak cantik seperti dicampur penaik. Makan dengan sos cili. Licin.

Cekodok species ni pulak saja nak try kat anak-anak, Alhamdulillah  'laku'!


Tepung self raising campur jagung dalam tin, tak payah campur air, cukup air jagung tu aje. Rupa cantik dan rasa pun sedap.
-to be continued (tentang cekodok ni lah) 
* rindu lempeng kelapa yang selalu mak buat masa kecik-kecik dulu. Ada sebuah warung di simpang Brisu ke Padang Kambing jual lempeng ni, tapi mak memang jenis yang susah nak singgah kedai makan, maka pandang aje lah)

Tip emas: Jangan sekali-kali mencerca makanan, jika suka makan, jika tidak suka diam sahaja. Allah memberi sesuatu yang kelihatan kurang di mata kita tetapi elok di sisiNya kerana Dia Maha Mengetahui

No comments:

Post a Comment