Thursday, November 24, 2011

Choc moist Stoberi?


Oleh kerana mak sekarang dah bersemangat bab masak memasak ni, birthday Aliah disambut dengan kek "made in dapur sendiri". Hari selasa lepas dah jenjalan kat Tampin, masuklah kedai kek T_T, hampir semua jenis kek yang di display tu dah rasa, harganya pulak mak ai tetapi bukan harga yang jadi persoalan utama, kalau dah malas tu harga pejam mata beli aje. Tapi disebabkan masalah mak ni dah rajin sangat nak buat kek/cookies ni perasaan tak nak beli tu terlalu tinggi apa lagi ditambah dengan masalah tekak yang dah kembang semacam aje dengan kek kat kedai tu. tah apa-apa ramuannya, memanglah pekerja melayu tapi tokei cha ya nun alip... haish. kalau dah ragu tak leh makan kan kan.
Ingat nak buat red velvet cake tapi kat Tampin shopping tak ada butter cheese, tak puas hati pagi khamis pi Family Store tak ada juga. Susah btol duk hujung tanjung ni. Setelah berjam-jam memikrkan nak buat kek apa akhirnya terjumpa resepi kek coklat moist kat My Resepi, cam sedap aje, lagi pun lebih sedap buat topping guna coklat. Kalau guna butter ni bukan sedap sangat, mengembangkan tekak aje, kecualilah pakai cheese krim, dah cheese krim tak ada, nak buat camno.
Kek ni tak pakai butter ganti dengan minyak jagung, tapi technically ada silap sikit, masa nak tuang adunan dalam dulang pembakar baru terperasan telur tak letak lagi. Ya Rabb camne boleh tak perasan, sepatutnya dipukul bersama minyak, gula dan susu cair tadi. Dah lah pukul 15 minit lenguh dibuatnya. Alhamdulillah tak jejas apa pun walau pun telur di mix kemudian. Kek ni dikukus, tidak dibakar, tu yang lembut dan moist, tekstur halus. Penggemar kek coklat boleh cuba ni.

Oleh kerana nak meriahkan sambutan besday yang tak dianggap meriah kalau tak beli kek ni, kami berangkut ke Durian Tunggal, dapatlah sambut dengan Demuk and friends. Lagi pun mak dah rindu dengan Demuk yang dah empat hari tinggalkan mak.
*Gambar penuh diupload saiz kecil sebab nak menyembunyikan kehodohan decorationnya tapi gambar slice bolehlah tunjuk besar sikit untuk menunjukkan ke'yummy'annya.
To Aliah, hepi besday, semuga mendapat 9A dalam PMR. Itu sahaja harapan tertinggi terhadap Aliah buat masa ini.

Tip Emas: Dua nikmat yang Allah kurniakan tetapi ramai orang yang kerugian kerana tidak memanfaatkannya sebaik mungkin : kesihatan dan kelapangan

No comments:

Post a Comment