Friday, November 18, 2011

"RUMAH KE TIGA"

Tetiba rajin nak buat blog ke tiga... blog pertama dan ke dua pun tak maintain. Mungkin ceritanya berkaitan di sini:
Kenapa nama periuk hangit, cam tak positif aje, ada kenangan lalu seperti cerita di sini:
18 Nov 2011 adalah hari terakhir sessi persekolahan, mak dah bersedia dengan beberapa resepi baru yang dah siap print dengan tulisan tersangat kecil agar 1 helai A4 tu dapat memuatkan  8 resepi depan belakang, huh semangat betul.Lepas tu terfikir nak abadikan setiap masakan tu di blog tapi nampak blog caca merba pulak, macam-macam cerita. Seronok tengok blog-blog masakan tak larat nak explore satu persatu, semuanya menarik dan best-best. Tak boleh jadi ni, mak pun nak ada satu blog masakan jugak heh heh.
Aktiviti masak memasak ni dah bermula pada Hari raya Aidil Adha yang lalu, antara yang mak ingat adalah rendang minang, nasi mandy,ayam bakar berempah,dendeng, biskut bola kristal, puding roti dan yang paling berprestij dan berprofile tinggi adalah red velvet cake. Tak sangka dik non mak boleh buat kek tu.
Malam tadi akak nak balik KMM, buat kek yang mak rasa memang dah pro dah nak membuatnya tak payah tengok resepi lagi iaitu kek batik. Nak sedap buh topping coklat yum yum, resepi tak yah cite, bersepah kat web. nak special sikit tambah Milo & Nestum & pakai biskut marie yang ada brand, bukan timbang punya, telur jenama Nutri Plus. Ada setengah orang campur dengan kacang tanah dikisar (optional), ingat nak cuba satu hari nanti.

.
Next? ...... tunggu.........

Tip Emas: Masaklah dengan penuh kasih sayang, insya Allah hilang rasa penat, dipermudahkan dan diberi kelapangan waktu.

No comments:

Post a Comment