Tuesday, December 6, 2011

Gantung periuk dan kuali

Keras tangan jap
Menjahit juga adalah nyawaku
Langsir raya 2011
90% pakaian jahit sendiri, syukur Ya Allah... tak mampu menempah sebenarnya
manik tabur senang tak payah fikir design tapi nak menyiapkan azab
Simple bunga sekuntum kelilingnya daun, Pasar Payang mari
Ni la hasil tangan orang tak masuk sekolah jahit, bolehlah untuk lepas diri sendiri
Demam polka dot, nak jugak
Antara koleksi yang I like like like, beli on line (Icarus Collections) masa cotton baru nak keluar, belum hot di pasaran lagi
Bunga lalang, senang ikut corak lalang tu aje, Pasar Payang mari juga
Koleksi lama tapi masih sayang, first time beli sutera crepe  (Ann Batik Com)
koleksi lama jugak dan lama juga tak pakai hu hu
manik tabur lagi
kain beli on line harga clearance, berbaloi-baloi harga murah tapi fabrik amat memenuhi cita rasa (Erika Collectionz)
masa baru belajar tahu buat manik iring aje, tak sanggup nak pakai lagi, hodoh bebeno tapi simpan jugak, sayang kain beli kat on line yang khusus menjual kain dari Gulatis (Aliza Collection)
time malas bunga sekuntum aje pun jadi
time rajin mekar-mekar bunganya, sayang juga baju ni, koleksi Gulatis lagi dari Kain Ela.Com
 minat hitam semenjak dua menjak ni, sutera crepe beli on line, murah RM 180 aja (Ann Batik Com)
Baru... belum pakai

* Tak adalah yang hebat-hebat sangat, syukur dapat juga merasa, kalau nak upah sampai hujung nyawa pun belum tentu dapat. Kesian
Longgokan kain yang menunggu untuk digunting, 7 pasang baju kawan tak termasuk baju sekolah anak-anak dalam plastik tu, 5-6 pasang kot, uwaaa.... Tapi tak ada untuk diri sendiri, azam yang disemat sejak 2011 untuk mengubah sikap lampau yang terlalu mengikut hasutan syaitan, suka membazir membeli pakaian dan tudung. Muga dipermudahkan segala urusan, Amin Ya Rabb

Tip Emas:  Masa adalah milik Allah. , jika kita melapangkan masa untukNya, maka Allah lapangkan masa  kita.  Jika kita tidak melapangkan masa untukNya, Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

Monday, December 5, 2011

Tak tahan dugaan

Baru aja berazam nak stop aktiviti membaking, terpandang pulak pisang yang dah terlebih masak terperuk kat celah antara dinding dan peti ais tu. Sapa nak makan, I dan En Has aje, yang lain semua 'sombong'  kat pisang tu. Tak boleh membazirkan... dalam kepala pun dah terbayang kek pisang home made, mesti sedap. Apa lagi, pukul butter dengan gula, tambah telur 2 biji, tepung, penaik dan pisang yang telah dilecek tadi. Bakar 30 minit (kukus pun boleh). Ni lah hasilnya....
(Sila klik gambar untuk mengesahkan kesedapannya)

Mana sama kek pisang home made dengan kek pisang yang jual kat rak roti tu kan. Tak percaya tanya budak ni

Thursday, December 1, 2011

Agak-agaklah....

Aktiviti baking membaking ni telah meremangkan bulu tengkuk ku....so kena slow motion sikit, jangan semangat sangat. Takut... gemoks! sapa nak jawab. Mr has pun dah sound, selalu makan kek/cookies nanti gemoks.

Tip Emas : Kehidupan ini (senang atau susah) adalah nikmat Allah swt

Monday, November 28, 2011

Mengancam qalbu

Dah lama nak buat puding roti tapi baru hari ini terlaksana, itu pun sebab roti dah nak expired, tak ada orang nak makan ke?. Jangan membazir, roti yang tak laku boleh dibakar dalam oven kemudian blend sampai jadi serbuk dan dipangggil bread crumb, tapi mak nak buat apa bread crumb, apa lagi trylah puding roti. Sebelum ni dah buat puding roti tapi resepi berbeza, ada campur agar-agar tapi rasanya tak mengancam qalbu sangat lah.
- Koyak-koyakkan 8 keping roti dan rendam dalam 500 ml susu segar, biarkan 1/2 jam. Sementara menunggu, pukul 2 biji telur bersama 2 tsp gula, 2 tsp butter, 2 tsp tepung jagung dan 1 tsp esen vanilla. Masukkan 2 tsp kismis dan campur dalam rendaman roti tadi. bakar 30 minit suhu 170 drj celcius.
 Ni rupa bila dah masak
Dah sejuk bolehlah potong (pandangan atas)
Pandangan dari aras laut


Jangan lupa sebelum makan curah puding dengan sos kastad. Cara nak buat sos kastad : masak 1/2 tin susu cair bersama 1 tsp gula dan 1tsp tepung kastad.
 
Siap tapau lagi....

Beginilah akhirnya..... huh memang mengancam qalbu.


Tip Emas : Anas bin Malik ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda maksudnya"Sungguh Allah benar-benar akan redha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepadanya atas makanan atau minuman itu"

Thursday, November 24, 2011

Choc moist Stoberi?


Oleh kerana mak sekarang dah bersemangat bab masak memasak ni, birthday Aliah disambut dengan kek "made in dapur sendiri". Hari selasa lepas dah jenjalan kat Tampin, masuklah kedai kek T_T, hampir semua jenis kek yang di display tu dah rasa, harganya pulak mak ai tetapi bukan harga yang jadi persoalan utama, kalau dah malas tu harga pejam mata beli aje. Tapi disebabkan masalah mak ni dah rajin sangat nak buat kek/cookies ni perasaan tak nak beli tu terlalu tinggi apa lagi ditambah dengan masalah tekak yang dah kembang semacam aje dengan kek kat kedai tu. tah apa-apa ramuannya, memanglah pekerja melayu tapi tokei cha ya nun alip... haish. kalau dah ragu tak leh makan kan kan.
Ingat nak buat red velvet cake tapi kat Tampin shopping tak ada butter cheese, tak puas hati pagi khamis pi Family Store tak ada juga. Susah btol duk hujung tanjung ni. Setelah berjam-jam memikrkan nak buat kek apa akhirnya terjumpa resepi kek coklat moist kat My Resepi, cam sedap aje, lagi pun lebih sedap buat topping guna coklat. Kalau guna butter ni bukan sedap sangat, mengembangkan tekak aje, kecualilah pakai cheese krim, dah cheese krim tak ada, nak buat camno.
Kek ni tak pakai butter ganti dengan minyak jagung, tapi technically ada silap sikit, masa nak tuang adunan dalam dulang pembakar baru terperasan telur tak letak lagi. Ya Rabb camne boleh tak perasan, sepatutnya dipukul bersama minyak, gula dan susu cair tadi. Dah lah pukul 15 minit lenguh dibuatnya. Alhamdulillah tak jejas apa pun walau pun telur di mix kemudian. Kek ni dikukus, tidak dibakar, tu yang lembut dan moist, tekstur halus. Penggemar kek coklat boleh cuba ni.

Oleh kerana nak meriahkan sambutan besday yang tak dianggap meriah kalau tak beli kek ni, kami berangkut ke Durian Tunggal, dapatlah sambut dengan Demuk and friends. Lagi pun mak dah rindu dengan Demuk yang dah empat hari tinggalkan mak.
*Gambar penuh diupload saiz kecil sebab nak menyembunyikan kehodohan decorationnya tapi gambar slice bolehlah tunjuk besar sikit untuk menunjukkan ke'yummy'annya.
To Aliah, hepi besday, semuga mendapat 9A dalam PMR. Itu sahaja harapan tertinggi terhadap Aliah buat masa ini.

Tip Emas: Dua nikmat yang Allah kurniakan tetapi ramai orang yang kerugian kerana tidak memanfaatkannya sebaik mungkin : kesihatan dan kelapangan

Monday, November 21, 2011

Kenapa mak kena rajin masak?

Mak kena rajin masak sebab dapat motivasi dari budak ni:
Sabda Rasulullah s.a.w. 

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya1 hingga 7 tahun. Selepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) di tapak kakinya. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Sunday, November 20, 2011

Monday Blues

Makanan apa yang hitam berdengut ni? Bukan kek coklat, itu dah biasa. Pagi tadi mak masuk satu fotopages masak, nampak resepi brownies, nak try la pulak. Ni hasilnya....

Butter gaul dengan serbuk koko, campur telur, esen vanila, gula, garam. then campur tepung dan choc chips. Bakar 20 minit 160 drj celcius. Not bad, boleh buat kudapan untuk petang ni.

Tip Emas : Rezeki datangnya dari Allah. Jika bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita!

Yang kuning keemasan.....

Berzaman dah tak makan  Puding Jagung, dulu-dulu mak suka buat puding ni, Nunun masa kecik-kecik pun suka makan puding ni.

Tepung kastad,gula, santan (boleh ganti susu cair) kacau sampai berkilat, tanda dah masak.masuk dalam acuan, sejukkan dan potong. Nampaknya puding ni bukanlah taste anak-anak. Masa baru masak aja dia makan, lepas tu 'mengeras' dalam peti ais.... haih malas mak cik nak buat lagi.

Tip Emas : Jangan kita termasuk dalam golongan yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah

NOSTALGIA CEKODOK (PART 1)

Satu makanan yang sangat sinonim dengan kehidupan orang Melayu suatu ketika dulu adalah cekodok. sarapan pagi cekodok, minum petang cekodok, tetamu datang pun cekodok. Tapi zaman sekarang jangan kau berani-berani nak hidangkan tetamu dengan cekodok, silap-silap hb dikatakan apa kelas orang datang nak hidang cekodok. Anak-anak... nak sarapan pagi dengan cekodok.... kirim salam.
Tetapi dengan sedikit kreativiti, cekodok boleh jadi menarik dimakan oleh anak-anak dan tidak malu untuk dihidang kepada tetamu, contohnya cekodok ni:
Campur sedikit ikan bilis tumbuk dan bawang hiris ke dalam tepung dan gaul tepung bersama air panas. Bulat-bulatkan dan goreng. Teksturnya nampak cantik seperti dicampur penaik. Makan dengan sos cili. Licin.

Cekodok species ni pulak saja nak try kat anak-anak, Alhamdulillah  'laku'!


Tepung self raising campur jagung dalam tin, tak payah campur air, cukup air jagung tu aje. Rupa cantik dan rasa pun sedap.
-to be continued (tentang cekodok ni lah) 
* rindu lempeng kelapa yang selalu mak buat masa kecik-kecik dulu. Ada sebuah warung di simpang Brisu ke Padang Kambing jual lempeng ni, tapi mak memang jenis yang susah nak singgah kedai makan, maka pandang aje lah)

Tip emas: Jangan sekali-kali mencerca makanan, jika suka makan, jika tidak suka diam sahaja. Allah memberi sesuatu yang kelihatan kurang di mata kita tetapi elok di sisiNya kerana Dia Maha Mengetahui

Friday, November 18, 2011

"RUMAH KE TIGA"

Tetiba rajin nak buat blog ke tiga... blog pertama dan ke dua pun tak maintain. Mungkin ceritanya berkaitan di sini:
Kenapa nama periuk hangit, cam tak positif aje, ada kenangan lalu seperti cerita di sini:
18 Nov 2011 adalah hari terakhir sessi persekolahan, mak dah bersedia dengan beberapa resepi baru yang dah siap print dengan tulisan tersangat kecil agar 1 helai A4 tu dapat memuatkan  8 resepi depan belakang, huh semangat betul.Lepas tu terfikir nak abadikan setiap masakan tu di blog tapi nampak blog caca merba pulak, macam-macam cerita. Seronok tengok blog-blog masakan tak larat nak explore satu persatu, semuanya menarik dan best-best. Tak boleh jadi ni, mak pun nak ada satu blog masakan jugak heh heh.
Aktiviti masak memasak ni dah bermula pada Hari raya Aidil Adha yang lalu, antara yang mak ingat adalah rendang minang, nasi mandy,ayam bakar berempah,dendeng, biskut bola kristal, puding roti dan yang paling berprestij dan berprofile tinggi adalah red velvet cake. Tak sangka dik non mak boleh buat kek tu.
Malam tadi akak nak balik KMM, buat kek yang mak rasa memang dah pro dah nak membuatnya tak payah tengok resepi lagi iaitu kek batik. Nak sedap buh topping coklat yum yum, resepi tak yah cite, bersepah kat web. nak special sikit tambah Milo & Nestum & pakai biskut marie yang ada brand, bukan timbang punya, telur jenama Nutri Plus. Ada setengah orang campur dengan kacang tanah dikisar (optional), ingat nak cuba satu hari nanti.

.
Next? ...... tunggu.........

Tip Emas: Masaklah dengan penuh kasih sayang, insya Allah hilang rasa penat, dipermudahkan dan diberi kelapangan waktu.